Ahad, 18 Oktober 2009

Assalamualaikum...

Kita hidup dibumi Allah ini,sama ada disedari atau tidak disedari kita berada didalam musafir (berjalan) kealam akhirat yang telah disediakan dua negeri iaitu SYURGA dan NERAKA. Mahu atau tidak mahu,kita akan sampai juga kesalah satu negeri itu. Untuk sampai ketempat ini Allah telah disediakan dua jalan. Terpulanglah kepada hambanya (manusia),jalan mana yang hendak dilaluinya. Namun demikian Allah telah memberitahu didalam Al Quran,betapa 'nikmatnya' kehidupan diSyurga dan betapa 'azabnya' kehidupan diNeraka...Sesungguhnya Allah maha Pemurah,maha Pengampun lagi maha Penyayang.
Apakah kita telah selubungi diri kita serta ahli keluarga kita dengan tuntutan Allah dan Rasulnya?
Sudahkah kita ketahui ilmu ilmu yang diwajibkan Allah dan Rasulnya?
Cintakah kita pada Allah dan Rasulnya atau kita hanya cinta kepada apa yang kita miliki sahaja ( dunia dan isinya )?

1 ulasan: